Sunday 10 April 2011

Kepentingan Kawasan Tanah Tinggi

Kawasan tanah tinggi yang diliputi hutan menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai. Contohnya ialah Banjaran Titiwangsa menjadi kawasan tadahan air bagi Sungai Selangor, Sungai Pahang dan Sungai Bernam. Kawasan tanah tinggi juga menjadi legeh sungai. Contohnya Banjaran Titiwangsa menjadi legeh bagi sungai Bernam dan Sungai Batang Padang. Selain itu, kawasan ini juga dijadiakn sebagai pusat jana kuasa hidro elektrik. Antara empangan-empangan yang dibina untuk tujuan penjanaan kuasa hidro elektrik ialah Empangan Temenggor dan Empangan Kenering di hulu Sungai Perak. Antara kepentingan lain kawasan tanah tinggi ialah sebagai kawasan pertanian, sebagai pusat rekreasi dan pelancongan, pembekal bahan binaan, pembkal sumber hutan dan lain-lain lagi. Tanah Tinggi Cameron dikenal sebagai 'Mangkuk Hijau Malaysia' kerana mengalami iklim sederhana yang sangat sesuai untuk tanaman hawa sederhana seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Contoh kawasan tanah tinggi di Sabah ialah di Kundasang.

No comments:

Post a Comment